Selasa, 29 Januari 2013

SEJARAH MADU

Sejarah Madu Asli Sejarah asli tentang madu tertua tercatat di sebuah gambar berusia 70 ribu tahun sebelum masehi dari Africa. Pada lukisan sederhana tersebut tergores histori orang-orang berusaha mengumpulkan madu dari celah-celah batu dan pohon. Di atas kepala mereka berkerumun lebah terbang mengitari. Ini menandakan bahwa orang-orang telah mengetahui manfaat madu jauh sebelum sejarah peradaban modern. Kemudian, pertama kali sejarah industri madu dimulai oleh penduduk asli Mesir. Mereka menciptakan sebuah silinder berbahan kayu lalu digantungkan di pohon-pohon untuk berternak lebah madu. Bangsa Mesir Kuno mengkonsumsi madu secara aktif dan menghargai mahal madu asli tersebut. Bahkan dalam ritual-ritual persembahan mereka, Bangsa Mesir Kuno mengumpani binatang-binatang persembahan mereka dengan madu asli. Evolusi produksi madu berkembang terus. Beragam literatur sejarah mencantumkan keterangan bahwa madu diperlakukan secara khusus untuk beragam keperluan. Selain untuk diminum, dan campuran minuman atau makanan, madu asli digunakan pula dalam dunia terapi pengobatan luka. Seperti aktivitas medis salah satu bangsa di Benua Afrika 17 abad pra masehi. Dari Smyth Papirus sejarah asli mengenai madu ini diketahui hingga kini. Sekarang, madu telah menjadi industri besar di mana-mana. Banyak peneliti menganalisa madu, dan faidahnya untuk berbagai keperluan hidup. Di bidang kosmetik misalnya, madu diolah sebagai salah satu bahan pembuat sabun mandi, pasta gigi dan pembersih wajah. Harganya pun selalu terjangkau bagi kocek orang-orang. Selain itu, terdapat pula klasifikasi madu asli seperti madu bagi anak-anak, ibu hamil, dan istimewa teruntuk hubungan pasangan suami istri (pasutri).*** Madu lebah sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memrintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greed dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan. Menurut sejarah Islam, penggunaan madu lebah dalam perubatan sangat masyhur dan bertepatan dengan Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; “Madu penyembuh segala penyakit manusia dan Al Quran penyembuh segala penyakit hati” Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk madu lebah bagi penjagaan kesihatan. Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian. Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan. Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhiasiat. Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai. Namun begitu, ledakan pembangunan dan perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai kesangsian terhadap keaslian produk madu yang ada di pasaran. Kini timbul pula masalah bagaimana hendak mencari madu yang benar-benar tulen, mentah dan bebas daripada campuran bahan-bahan lain. Bukan setakat kesukaran untuk mendapatkan produk madu lebah asli tetapi juga pencarian jenis spesies lebah liar yang mengumpul madunya dari sumber-sumber tidak terhad. Jika lebah yang diternak dari ladang-ladang yang sumber madunya agak terhad kepada jenis bunga-bunga tertentu sahaja mungkin kualitinya tidak sebaik madu lebah liar dan harganya adalah lebih murah. Jika pengguna tersilap pilih mungkin mereka boleh terbeli madu yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan ini akan mengakibatkan kemudaratan kepada sesetengah penghidap penyakit, Ada sesetengah pengguna sanggup mencari madu asli dengan berbelanja besar bagi tujuan tersebut dan percaya atau tidak harga madu asli di Timur Tengah boleh mencecah sehingga RM1,000 sekilogram. Mungkin sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini yang inginkan produk murah dan kesempatan itu telah diambil oleh pengusaha madu dengan mengaut keuntungan besar memasarkan madu yang telah dicampur dan khasiatnya bukan lagi seperti madu lebah mentah (tule Madu lebah baik diminum setiap hari dan secara asasnya diminum setiap pagi sebelum sarapan. Boleh dicampurkan dengan air sejuk. Menurut Prof H. A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin, beliau mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu kaya dengan vitamin A, B kompleks, C dan E. juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, magnesium dan banyak lagi. Madu juga bertindak sebagai bahan makanan bernilai tinggi, makanan penjagaan kesihatan dan ubat pelbagai penyakit.Kajian juga menunjukkan bakteria tidak dapat hidup dalam madu disebabkan faktor zat kalium dalam madu yang menghisap lembapan bakteria. Tidak seperti gula tebu dan kanji, madu tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman, mudah dan cepat diasimilasi oleh badan, membekal tenaga yang yang diperlukan dengan cepat, membantu memulihkan tenaga, mudah dan serasi untuk buah pinggang, melawaskan pembuangan air besar semulajadi dan menenangkan badan dan akal fikiran. Kepekatan Kepekatan madu bukanlah criteria untuk menentukan ketulenannya. Kepekatan madu dipengaruhi oleh suhu, kandungan air dansumber menisannya. Bau dan rasa madu bergantung kepada sumber tumbuhan dari mana ia dipungut oleh lebah. Madu beku atau berbuku-buku tidak menandakan madu itu rosak atau tidak tulen. Madu menjadi beku apabila kandungan gula ringkas dari jenis DEXTOSA adalah berlebihan. Ia boleh dicairkan dengan merendam madu di dalam air suam (tidak lebih 60 darjah celcius

Tidak ada komentar:

Posting Komentar